ASAS PENANAMAN SAYUR
Jenis sayur-sayuran yang boleh kita usahakan ialah sayur
berdaun seperti, sawi, kangkong, lobak dan bayam, sayur jenis buah seperti
terung, cili, petola, peria, timun dan tomato dan jenis kekacang seperti
buncis, kacang panjang dan sebagainya.
Bagi memulakan
kerja-kerja penanaman sayur, biarpun sekadar di sekeliling rumah, beberapa
faktor perlu diambil kira iaitu persediaan tanah, kemudahan air dan kawasan
yang tidak terlindung daripada cahaya matahari. Mengenai sumber air, elok
sekiranya disediakan takungan air hujan kerana ini menjimatkan dan penggunaan
air hujan adalah lebih baik bagi tanaman sayur-sayuran berbanding air paip. Bagi sesetengah rumah terutamanya rumah-rumah
di taman perumahan, tanah di sekitar mungkin bercampur batu. Oleh itu, eloklah sekiranya tanah tersebut
dilapisi di bahagian atas dengan sedikit “top soil” (tanah lapisan atas)
setebal lebih kurang 10 hingga 20 cm.
Hal ini supaya tanah mudah untuk digembur dan sesuai untuk tanaman
sayur-sayuran.
Kaedah Penanaman Sayur
- Membuat batas
Tanaman sayur memerlukan batas supaya ia tidak ditakungi
air. Ukuran batas seelok-eloknya ialah setinggi 15-20cm, lebar 1.2 meter dan
panjang 7.5 meter (mengikut keadaan tanah). Mula-mula baja organan seperti tahi
ayam sebanyak 50kg digaul ke dalam batas berukuran seperti di atas.
- Penanaman
Selepas saja penyediaan batas, barulah boleh memulakan proses penananam. Biji
benih sayuran daun selalunya kecil, ditanam terus ke atas batas. Sebelum
menanam, biji benih perlu dirawat dengan racun kulat seperti thiram. Biji benih digaul dengan pasir halus atau peroi dan ditabur samarata ke dalam jalur-jalur
pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan yang dibuat mengikut jarak yang di
syorkan, iaitu 20cm antara baris dan 10cm antara pokok. Siram dua kali sehari
di musim panas.
- Pembajaan
Selepas dua minggu dari tarikh ditanam, sayur perlulah dibaja. Baja yang perlu digunakan adalah baja NPK (natrium, fosforus, kalium) 15:15:15 atau kita panggil
juga dengan baja hijau. Kadar baja yang diperlukan adalah sebanyak 400gm untuk
sebatas. Baja mestilah ditabur dengan cermat supaya tidak terkena pada daun atau batang yang
boleh mengakibatkan sayur menjadi layu. Dua minggu selepas membaja kali
pertama, baja pula untuk kali kedua dengan menggunakan baja yang sama dengan
kadar yang sama. Hasil tanaman bolehlah dipungut dalam jangkamasa 28 hingga 30 hari dari tarikh mula ditanam.
Penanaman sayur jenis buah pula tidaklah banyak perbezaan
sangat dalam kaedah menanamnya berbanding dengan sayuran jenis daun. Cuma dalam
beberapa aspek teknikalnya ada sedikit perbezaan. Contohnya, jarak tanaman antara
pokok dan antara batas agak jauh sedikit daripada jenis daun iaitu 90cm (dua
hingga tujuh kaki) dan 60-90cm antara baris. Ini adalah kerana pokok
jenis buah rendang sedikit daripada jenis daun.
Baja organan digaulkan ke dalam batas semasa penyediaan
batas sama seperti tanaman sayur juga. Cuma bezanya sayur jenis buah ini kita
guna baja yang diproses khas untuk buah sebanyak dua kali pembajaan.
Pembajaan kali pertama dibuat pada minggu kedua lepas tanam
dengan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 10 gm sepokok. Pembajaan kali kedua dilakukan pada
minggu keempat dan seterusnya kali ketiga pada minggu keenam selepas ditanam pada kadar
yang sama. Perlu diingatkan baja yang di tabur jangan terlalu rapat dengan
perdu pokok kerana ianya membuatkan pokok melecur dan mungkin mati.
Maklumat yang berguna..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteTerima kasih..
ReplyDeletesaya copy paste tau ty
ReplyDeleteTerima kasih mengunjungi blog ini.. diharap info yang disampaikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin..
DeleteTerima kasih happy flowers. Blog ini sangat membantu 😊
ReplyDeleteBet365 is Legal in Australia | Where To Play in 2021
ReplyDeleteSports betting is 우리카지노 legal 바카라 사이트 in Australia. A few years back, 12bet a handful of countries like Australia and New Zealand had legalised online gambling in