Tuesday 5 September 2017

Morfologi Tumbuhan


Batang merupakan bahagian dari tumbuhan yang amat penting. Pada umumnya batang mempunyai sifat-sifat berikut :
  1. Umumnya berbentuk panjang bulat seperti silinder atau dapat pula mempunyai bentuk lain, tetapi selalunya bersifat aktinomorf.
  2. Terdiri dari ruas-ruas yang masing-masing dihalang oleh buku-buku dan pada buku-buku inilah terdapat daun.
  3. Biasanya tumbuh ke atas menuju cahaya atau matahari
  4. Selalu bertambah panjang di hujungnya dan batang mempunyai pertumbuhan yang tidak terbatas.
  5. Batang adalah struktur tumbuhan yang hidup dan bercabang, tidak digugurkan, kecuali kadang-kadang cabang atau ranting yang kecil.
  6. Umumnya tidak berwarna hijau, kecuali tumbuhan yang umurnya pendek, misalnya rumput dan waktu batang masih muda
Susunan batang tidak banyak berbeza dengan akar. Batang tersusun dari jaringan berikut:
Struktur ini tidak banyak berubah, baik di batang utama, cabang, mahupun ranting. Permukaan batang berkayu atau tumbuhan berupa pohon seringkali dilindungi oleh lapisan gabus (suber) dan/atau kutikula yang berminyak (hidrofobik). Jaringan kayu pada batang dikotil atau monokotil tertentu akan mengalami proses lignifikasi yang lama sehingga kayu menjadi sangat keras.

Daun



Daun dengan struktur lamina dan penyusunan urat pinat.
Dalam bidang botani, daun ialah sebuah organ tumbuhan yang bertumbuh di atas tanah dan yang mengkhusus dalam fotosintesis. Untuk tujuan ini, daun biasanya berbentuk leper untuk menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-selnya yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada cahaya, tetapi juga untuk membenarkan cahaya melantasi sepenuh tisu-tisunya. Dalam kebanyakan kes, daun-daun juga merupakan bahagian tumbuhan untuk respirasi, transpirasi, dan gutasi. Daun-daun boleh menyimpan makanan dan air, dan diubah suai oleh sebilangan tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk paku-pakis dirujuk sebagai "pelepah". Daun-daun merupakan sebahagian makanan manusia yang penting sebagai sayur-sayuran berdaun.
Sebagai satu organ tumbuhan, daun biasanya terdiri daripada tisu-tisu berikut:
  • epidermis yang melitupi permukaan daun atas dan bawah;
  • klorenkima dalaman yang digelarkan mesofil; dan
  • susunan urat (tisu vaskular).

Organologi

Daun lengkap terdiri dari pelepah daun, tangkai daun serta helai daun. Helai daun sendiri memiliki urat daun yang tidak lain adalah kelanjutan dari jaringan penyusun batang yang berfungsi menyalurkan hara atau produk fotosintesis. Helai daun sendiri tersusun dari jaringan-jaringan dasar berikut:
Permukaan epidermis seringkali dilapisi oleh kutikula atau rambut halus (pilus) untuk melindungi daun dari serangga pemangsa, spora jamur, ataupun titisan air hujan.

Fungsi daun

  • Tempat terjadinya fotosintesis.
  • Sebagai organ pernafasan.
Di daun terdapat stomata yang befungsi sebagai organ respirasi

o   Tempat terjadinya transpirasi.
o   Tempat terjadinya gutasi.
o   Alat perkembangbiakkan vegetatif.

 

 

 

 

 Anatomi Daun


  • Epidermis terbagi atas epidermis atas dan epidermis bawah. Epidermis berfungsi melindungi jaringan di bawahnya.
  • Jaringan palisade atau jaringan tiang adalah jaringan yang berfungsi sebagai tempat terjadinya fotosintesis
  • Jaringan spons atau jaringan bunga karang yang berongga. Jaringan ini berfungsi sebagai tempat menyimpan cadangan makanan.
  • Berkas pembuluh angkut yang terdiri dari xilem atau pembuluh kayu dan floem atau pembuluh tapis. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan garam-garaman yang diserap akar dari dalam tanah ke daun (untuk digunakan sebagai bahan fotosintesis). Sedangkan floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis ke seluruh tubuh tumbuhan.
  • Stoma (jamak: stomata) berfungsi sebagai organ respirasi. Stoma mengambil CO2 dari udara untuk dijadikan bahan fotosintesis. Kemudian stoma akan mengeluarkan O2 sebagai hasil fotosintesis. Stoma ibarat hidung kita dimana stoma mengambil CO2 dari udara dan mengeluarkan O2, sedangkan hidung mengambil O2 dan mengeluarkan CO2. Stoma terletak di epidermis bawah. Selain stoma, tumbuhan tingkat tinggi juga bernafas melalui lentisel yang terletak pada batang.

Akar tersusun dari jaringan-jaringan berikut :
Permukaan akar seringkali terlindung oleh lapisan gabus tipis. Bagian ujung akar memiliki jaringan tambahan yaitu tudung akar. Ujung akar juga diselimuti oleh lapisan mirip lendir yang disebut misel (mycel) yang berperan penting dalam pertukaran hara serta interaksi dengan organisme (mikroba) lain.


Akar yang ditumbuhkan dalam hidroponik.
Sifat-sifat akar
  1. Merupakan bahagian tumbuhan yang biasanya terdapat di dalam tanah, dengan arah tumbuh ke pusat bumi (geotrop) atau menuju ke air (hidrotrop), meninggalkan udara dan cahaya.
  2. Tidak berbuku-buku, jadi juga tidak beruas dan tidak mempunyai daun.
  3. Warna tidak hijau, biasanya keputih-putihan atau kekuning-kuningan.
  4. Bentuk hujungnya seringkali meruncing, hingga lebih mudah untuk menembus tanah.
Fungsi akar bagi tumbuhan
  1. memperteguhkan  berdirinya tumbuhan.
  2. untuk menyerap air dan zat-zat makanan yang terlarut di dalam air tersebut dari dalam tanah.
  3. mengangkut air dan zat-zat makanan yang sudah diserap ke tempat-tempat pada tumbuhan yang memerlukan.
  4. kadang-kadang sebagai tempat untuk penyimpanan makanan.

Jenis akar

Secara umum, ada dua jenis akar iaitu:


  1. Akar serabut. Akar ini umumnya terdapat pada tumbuhan monokotil. Fungsi utama akar serabut adalah untuk memperkukuhkan tumbuhan.
  2. Akar tunggang. Akar ini umumnya terdapat pada tumbuhan dikotiledon. Fungsi utamanya adalah untuk menyimpan makanan.

Wednesday 30 August 2017

Pendebungaan

Agen-agen pendebungaan
Banyak agen terdapat dalam alam yang turut membantu pendebungaan tumbuh-tumbuhan. Antara agen-agen yang umum ialah
1) serangga
2) angin                                                                      
3) haiwan
4) air
5) pendebungaan beradas

Pendebungaan oleh serangga
Rama-rama, kupu-kupu, lalat, lebah dan kumbang merupakan contoh serangga yang banyak membantu dalam melaksanakan pendebungaan ini.
Apabila sekuntum bunga dihinggapi oleh seekor serangga untuk mendapatkan madunya, debunga yang berada di dalam anter yang telah matang dan pecah itu akan melekat pada badan serangga yang berbulu. Serangga ini kemudiannya mengunjungi bunga yang lain, sambil itu turut sama melepaskan debunga tadi ke stigma bunga yang disinggahi berikutnya. Dengan cara ini debunga-debunga itu akan dipindahkan dari satu bunga ke bunga yang lain.
Rama-rama sedang melakukan pendebungaan
Ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh serangga
Biasanya bunga yang didebungakan oleh serangga mempunyai ciri-ciri khas yang bertujuan untuk menarik perhatian serangga, antaranya:
i) Bunganya mempunyai ukuran yang besar, contohnya bunga raya dan alamanda atau bunga kecil tetapi wujud dalam bentuk sejambak yang besar, contohnya bunga matahari.
ii) Ranggi bunganya berwarna terang bagi memudahkan penglihatan dan pengenalan oleh serangga, contohnya bunga jambu bol, bunga raya, bunga keembung, bunga merak, bunga semarak api dan bunga kertas yang mempunyai pengasuh bunga yang berwarna terang. Warna-warna yang berlainan ini bertujuan untuk menarik perhatian serangga yang berlainan. Misalnya warna putih yang selalunya terbuka pada waktu malam, didebungakan oleh kupu-kupu. Bunga-bunga yang berwarna biru terang atau merah jambu, selalunya didebungakan oleh rama-rama dan ia terbuka pada waktu siang. Lalat pula tertarik kepada bunga-bunga yang berwarna keperang-perangan dan mem­punyai bau yang agak busuk.

                                                 Bunga jambu bol
iii) Bunga menghasilkan bau yang harum untuk menarik serangga yang jauh, contohnya bunga gelang, bunga melur dan mawar. Berbeza pula dengan bunga yang didebungakan oleh lalat, yang mempunyai bau yang busuk.
iv) Setengah serangga memakan biji-biji debunga dan sudah pastilah bunga terpaksa menghasilkan biji-biji debunga yang banyak. Jadi di samping memakan biji-biji debunga, juga turut membantu mendebungakan bunga itu pada waktu yang sama, contohnya tumbuhan 'crocus'.
v) Bunga mempunyai kilang-kilang manisan (madu) di pangkal-pangkal bunga. Kilang ini menghasilkan manisan yang dinamakan madu bunga. Serangga mengambil madu sebagai makanannya. Anter, stigma dan kilang madu terletak begitu sesuai tempatnya supaya serangga dapat turut membantu mendebungakan bunga itu sewaktu mengambil madunya. Misalnya bunga yang didebungakan oleh kupu-kupu, mempunyai kilang madu yang terletak pada pangkal reranggi yang dalam di mana hanya boleh dicapai oleh belalainya yang panjang. 
     Seekor lebah sedang menghisap madu sambil mendebungakan bunga 

Ada juga beberapa jenis bunga yang mempunyai tanda-tanda khas pada ranggi bunga yang menghala ke arah kilang madu. Ini dinamakan pemandu madu. Kadang-kadang ranggi diubahsuai sebagai permukaan mendarat bagi serangga yang melawatinya, contohnya bunga kacang hantu. Begitu jugalah hubungannya dengan serangga. Oleh kerana serangga mempunyai ukuran lidah atau belalai yang berlainan, maka ia hanya boleh mendebungakan bunga-bunga yang kilang manisan atau kilang madu yang sesuai dengan lidahnya sahaja.
Pada umumnya bunga yang didebungakan oleh serangga ini mempunyai debunga yang sedikit, berdinding tebal, melekit dan berduri. Ini bertujuan memudahkan debunga tadi melekat pada bulu dan kaki serangga yang berbulu itu. Di samping itu, bunga juga mempunyai stigma yang melekit supaya debunga yang jatuh di atasnya akan melekat kuat, di samping mempunyai stil ( benang-sari) dan stamen yang kuat dan tegak.

Contoh-contoh bunga pendebungaan serangga

  • Kacang hantu
  • Salvia
  • Bunga matahari


Video di bawah menunjukkan proses pendebungaan melalui serangga









Sunday 20 August 2017

Asas tanaman sayuran

ASAS PENANAMAN SAYUR

Jenis sayur-sayuran yang boleh kita usahakan ialah sayur berdaun seperti, sawi, kangkong, lobak dan bayam, sayur jenis buah seperti terung, cili, petola, peria, timun dan tomato dan jenis kekacang seperti buncis, kacang panjang dan sebagainya.


Bagi memulakan kerja-kerja penanaman sayur, biarpun sekadar di sekeliling rumah, beberapa faktor perlu diambil kira iaitu persediaan tanah, kemudahan air dan kawasan yang tidak terlindung daripada cahaya matahari. Mengenai sumber air, elok sekiranya disediakan takungan air hujan kerana ini menjimatkan dan penggunaan air hujan adalah lebih baik bagi tanaman sayur-sayuran berbanding air paip.  Bagi sesetengah rumah terutamanya rumah-rumah di taman perumahan, tanah di sekitar mungkin bercampur batu. Oleh itu, eloklah sekiranya tanah tersebut dilapisi di bahagian atas dengan sedikit “top soil” (tanah lapisan atas) setebal lebih kurang 10 hingga 20 cm.  Hal ini supaya tanah mudah untuk digembur dan sesuai untuk tanaman sayur-sayuran.  

Kaedah Penanaman Sayur
  • Membuat batas

Tanaman sayur memerlukan batas supaya ia tidak ditakungi air. Ukuran batas seelok-eloknya ialah setinggi 15-20cm, lebar 1.2 meter dan panjang 7.5 meter (mengikut keadaan tanah). Mula-mula baja organan seperti tahi ayam sebanyak 50kg digaul ke dalam batas berukuran seperti di atas.



  • Penanaman

Selepas saja penyediaan batas, barulah boleh memulakan proses penananam. Biji benih sayuran daun selalunya kecil, ditanam terus ke atas batas. Sebelum menanam, biji benih perlu dirawat dengan racun kulat seperti thiram. Biji benih digaul dengan pasir halus atau peroi dan ditabur samarata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan yang dibuat mengikut jarak yang di syorkan, iaitu 20cm antara baris dan 10cm antara pokok. Siram dua kali sehari di musim panas.



  • Pembajaan

Selepas dua minggu dari tarikh ditanam,  sayur perlulah dibaja. Baja yang perlu digunakan adalah baja NPK (natrium, fosforus, kalium) 15:15:15 atau kita panggil juga dengan baja hijau. Kadar baja yang diperlukan adalah sebanyak 400gm untuk sebatas. Baja mestilah ditabur dengan cermat supaya tidak terkena pada daun atau batang yang boleh mengakibatkan sayur menjadi layu. Dua minggu selepas membaja kali pertama, baja pula untuk kali kedua dengan menggunakan baja yang sama dengan kadar yang sama. Hasil tanaman bolehlah dipungut dalam jangkamasa 28 hingga 30 hari dari tarikh mula ditanam.


Penanaman sayur jenis buah pula tidaklah banyak perbezaan sangat dalam kaedah menanamnya berbanding dengan sayuran jenis daun. Cuma dalam beberapa aspek teknikalnya ada sedikit perbezaan. Contohnya, jarak tanaman antara pokok dan antara batas agak jauh sedikit daripada jenis daun iaitu 90cm (dua hingga tujuh kaki) dan 60-90cm antara baris. Ini adalah kerana pokok jenis buah rendang sedikit daripada jenis daun.
Baja organan digaulkan ke dalam batas semasa  penyediaan batas sama seperti tanaman sayur juga. Cuma bezanya sayur jenis buah ini kita guna baja yang diproses khas untuk buah sebanyak dua kali pembajaan.

Pembajaan kali pertama dibuat pada minggu kedua lepas tanam dengan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 10 gm sepokok. Pembajaan kali kedua dilakukan pada minggu keempat dan seterusnya kali ketiga pada minggu keenam selepas ditanam pada kadar yang sama. Perlu diingatkan baja yang di tabur jangan terlalu rapat dengan perdu pokok kerana ianya membuatkan pokok melecur dan mungkin mati.